Pages

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019:Masih Di Sini


Saya teruja apabila kawan saya mahu datang ke kampung halaman saya. Saya menyiapkan segala makanan kerana kawan saya hanya bertandang sehari sahaja. Saya membawa dia mengelilingi kampung saya dengan menaiki motorsikal. Saya juga membawanya ke ladang kelapa sawit. Sebelum pulang ke rumah, saya mengajak kawan saya minum air cendol yang terkenal di kampung saya. 

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk mengisahkan alim yang baru pulang ke kampung. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Setelah tiba di kampung, Alim terus mencari titik dan ayam. Alim tidak menemuinya dan menangis. Nenek menghampirinya dan mengatakan reban telah diubah ke tempat yang lain. Nenek mengajak Alim ke situ. Setelah puas melihat, Alim masuk ke rumah nenek. Alim berhenti menangis. Suasana kampung yang berlainan membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. 


Senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran cerita sosial. Huraikan setiap cara. 

1. Multimedia linier
Suatu multimedia yang tidak dilengkapi dengan alat pengawal yang dapat di operasikan oleh pengguna. Multimedia ini berjalan secara berurutan. Contohnya Tv dan filem

2. Multimedia interaktif 
Suatu multimedia yang dilengkapi dengan alat pengawal yang dapat dioperasikan oleh pengguna sehingga pengguna dapat memilih apa yang dihendaki untuk proses selanjutnya. Misalnya, aplikasi game, multimedia pembelajaran dan sebagainya. 


BBM3410Satu2019.EtikaPenulisanBlog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) mengemukakan 10 cara menulis boleh dengan baik. Yang pertama, tajuk yang menarik. Tajuk yang menarik mampu menarik perhatian pembaca. Tajuk juga amat penting kerana perkara utama yang akan dilihat oleh pembaca. 

Yang kedua, cerita yang menarik. Cerita yang dapat menarik hati pembaca. Jalan cerita juga memainkan peranan yang penting. Pembaca kebiasaanya gemar cerita romantik, aksi dan sebagainya. Cerita yang tidak terlalu banyak konflik dan meleret. 

Yang ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Penulis memasukkan ayat humor atau jenaka untuk menjadikan ia lebih menarik. Apabila penulis memasukkan ayat atau unsur jenaka, pasti pembaca lebih tertarik. Hal ini dapat mengurangkan tekanan pembaca. 

Yang keempat, memastikan hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah yang baik dapat merangkumi segala isi yang hendak disampaikan. Penulis yang ingin hujah yang terbaik terlebih dahulu perlu membaca dan merujuk buku dahulu. 

Yang kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini. Penulis perlu mengaitkan dengan berita semasa kerana pembaca kebiasaanya tidak mengetahui berita terkini. 

Yang keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas mempengaruhi pembaca. Ayat yang ringkas memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan. 

Yang ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Penulis perlu mengutamakan pembaca dengan penulisan yang mudah dibaca dan difahami. Hal ini dapat memudahkan pembaca untuk memahami apa yang telah dibaca. 

Yang kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis mesti berkomunikasi dengan pembaca supaya pembaca mengetahui kewujudan penulis. 

Yang kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika. Penulis perlu masukkan unsur moral supaya cerita tidak begitu kosong untuk disampaikan. Unsur moral dan nilai estetika amat penting dalam menarik pembaca untuk pengakhiran cerita. 

Yang terakhir, berilmu untuk penulisan pendidikan. Setiap penulisan perlu mengandung ilmu yang dapat diaplikasi dalam penulisan. 

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019:SAYAFAHAM

SEPTEMBER 20, 2019

Lagu&Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia 
Ucapan untuk saya 

Selamat pagi, tengah hari. petang, malam
untuk dia
untuk saya 

Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya


Terima kasih 
sama-sama
Untuk dia
Untuk saya



BBM3410Satu2019:DIRI

Assalamualaikum. Nama diberi Nur Elyana Bt Meor Zambri.Umur 23 Tahun. Saya berasal daripada Perak. Saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Saya merupakan anak jati Perak. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya bercita-cita ingin menjadi seorang tenaga pengajar yang berjaya. Hobi yang saya selalu lakukan mendengar radio. Tanpa radio hidup saya rasa sunyi sepi. Makanan kegemaran ialah masakan emak dan makanan kampung.

Elyana boleh..

BBM3410SATU2019: Vlog Makanan

Assalamualaikum. Tugasan kali ini makan makan bersama rakan-rakan. Kami makan di Chicken Rice Shop. Sedap makanan di restoran itu sampai bol...