Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) mengemukakan 10 cara menulis boleh dengan baik. Yang pertama, tajuk yang menarik. Tajuk yang menarik mampu menarik perhatian pembaca. Tajuk juga amat penting kerana perkara utama yang akan dilihat oleh pembaca.
Yang kedua, cerita yang menarik. Cerita yang dapat menarik hati pembaca. Jalan cerita juga memainkan peranan yang penting. Pembaca kebiasaanya gemar cerita romantik, aksi dan sebagainya. Cerita yang tidak terlalu banyak konflik dan meleret.
Yang ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Penulis memasukkan ayat humor atau jenaka untuk menjadikan ia lebih menarik. Apabila penulis memasukkan ayat atau unsur jenaka, pasti pembaca lebih tertarik. Hal ini dapat mengurangkan tekanan pembaca.
Yang keempat, memastikan hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah yang baik dapat merangkumi segala isi yang hendak disampaikan. Penulis yang ingin hujah yang terbaik terlebih dahulu perlu membaca dan merujuk buku dahulu.
Yang kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini. Penulis perlu mengaitkan dengan berita semasa kerana pembaca kebiasaanya tidak mengetahui berita terkini.
Yang keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas mempengaruhi pembaca. Ayat yang ringkas memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan.
Yang ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Penulis perlu mengutamakan pembaca dengan penulisan yang mudah dibaca dan difahami. Hal ini dapat memudahkan pembaca untuk memahami apa yang telah dibaca.
Yang kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis mesti berkomunikasi dengan pembaca supaya pembaca mengetahui kewujudan penulis.
Yang kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika. Penulis perlu masukkan unsur moral supaya cerita tidak begitu kosong untuk disampaikan. Unsur moral dan nilai estetika amat penting dalam menarik pembaca untuk pengakhiran cerita.
Yang terakhir, berilmu untuk penulisan pendidikan. Setiap penulisan perlu mengandung ilmu yang dapat diaplikasi dalam penulisan.
No comments:
Post a Comment