BOOM WITH SOCIAL MEDIA
Kajian ini memudahkan pelajar memahami
dan memberi rujukan tentang blog. Kajian ini telah memberikan definisi tentang
blog daripada semua tokoh dalam dan luar negara. Blog ini telah memberikan
suatu pendedahan bahawa penulis blog dan pembaca amat penting dalam
berinteraksi antara satu sama lain. Kajian ini juga telah meningkat motivasi
dan keyakinan kepada penulis untuk membuat penulisan dalam tema teknologi,
kesusasteraan dan pembelajaran bahasa.. Kajian ini telah mengemukakan pendapat
bahwa pendidikan Penulisan dalam blog blog lagi menarik sekiranya penulisan
blog itu tidak formal dan santai. Saya melihat kajian ini mampu memberikan
perbandingan antara perempuan dan lelaki. Hal ini dibuktikan bahawa kajian ini
telah memperoleh berdasarkan peratusan (%) yang dibuat dalam kajian. Blog
ini dapat memperlihatkan pendapat tentang tema blog yang disukai pembaca. Kajian
ini telah memperincikan dengan jelas objektif yang ingin disamapaikan, isi
setiap dapatan dihuraikan dan mempunyai kaitan yang sama dengan objektif.
Bagi pendapat saya, kajian ini
menjelaskan secara terperinci melalui penjadualan dan huraian setiap jadual dan
data. Kajian ini juga menyenaraikan petikan dalam blog bagi mengelakkan
kekeliruan kepada pembaca. Petikan tersebut telah dicondongkan untuk pembaca
memahami bahawa itu adalah petikan dalam blog. Penyelidik mengambil 2 jantina
iaitu perempuan dan lelaki bagi membezakan pemahaman tentang penulisan blog.
Maka, kajian ini ialah kuantitatif. Penyelidik mungkin mengambil 2 jantina iaitu
perempuan dan lelaki sebanyak 60 orang bagi menganalisis kesemua data dan memudahkan
penyelidik.
Berdasarkan keseluruhan kajian, saya
mendapati kajian ini mempu dijadikan rujukan untuk pembaca atau penyelidik yang
baru. Penelitian kesemua data yang di[peroleh telah di susun dengan baik dan
isi telah menjadi satu informasi yang bernas. Kajian ini berupaya membantu
dalam meningkatkan kemahiran dalam penulisan blog. Data kajian juga mengatakan
perempuan gemar menulis blog daripada lelaki. Ternyata itu betul kerana saya
juga seorang penggemar penulis bolg Blog telah menjadi sebati dalam diri saya. Sekian,
Terima Kasih.