Hai kawan-kawan. Kamariah hari ini hendaklah cerita tentang keluargaku. Selalunya cerita tentang bidang teman je. Sekali sekala teman buka aib teman sikit tentang keluarga teman. Aku mempunyai seorang adik Dia merupakan seorang anak tunggal lelaki yang berada di rumah saya. Kehadiran dia memberi erti yang tidak ternilai kepada kami sekeluarga. Dia seorang yang lucu kadang-kadang membawa kami sekeluarga gelak melihat telatah dia.Dia seorang yang gemok gedempol dan kuat makan. Badan dia pernah mencecah 80 Kg. Mungkin kerana emak akan memberi dia makan dan turut segala keperluan dia terutamanya makanan segera seperti Nuget, Kentang goreng. Sewaktu dia kecil dalam darjah 1, Dia sering membuat masalah sehingga saya dipanggil oleh cikgu kerana dia tidak mahu belajar. Aku mula bersyak wasangka dengan dia kerana dia tidak mahu belajar.
Tetapi ada perkara yang membuatkan kami sekeluarga teringat dekat dia. Nama sebenarnya Meor Naim. Nama panggilan dia Naim. Tetapi apabila menjelang peperiksaan yang dijalankan dia menuliskan namanya Niam. Dia menulis huruf I dahulu sebelum A. Cikgu yang mengajar turut keliru siapakah Niam. Rupa-rupanya Naim. Cikgu memberitahu aku bahawa adikku sudah bertukar nama. Aku menceritakan hal ini kepada emak dan ayahku. Emak aku dan ayah aku turut tergelak dan mula memanggilnya dengan panggilan Niam.
Dia mulai rimas ketika aku memanggilnya niam. Dia akan memukul ku dengan sekuat-kuatnya dan menyatakan dia tidak suka dengan nama yang aku panggil. Ayah dengan emakku pun turut memanggil adikku dengan panggilan Niam. Sampai sekarang melekat namanya sebagai Niam.
Niam ketahuilah kakakmu menyayangimu dan kau mesti mengetahui kakak melindungi dan turut bersedih apabila kamu bersedih dan gembira dengan apa yang kamu kecapi.
Inilah kakakmu yang selalu kau tumbuk.
No comments:
Post a Comment