Pages

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa.


BOOM WITH SOCIAL MEDIA 

Kajian ini memudahkan pelajar memahami dan memberi rujukan tentang blog. Kajian ini telah memberikan definisi tentang blog daripada semua tokoh dalam dan luar negara. Blog ini telah memberikan suatu pendedahan bahawa penulis blog dan pembaca amat penting dalam berinteraksi antara satu sama lain. Kajian ini juga telah meningkat motivasi dan keyakinan kepada penulis untuk membuat penulisan dalam tema teknologi, kesusasteraan dan pembelajaran bahasa.. Kajian ini telah mengemukakan pendapat bahwa pendidikan Penulisan dalam blog blog lagi menarik sekiranya penulisan blog itu tidak formal dan santai. Saya melihat kajian ini mampu memberikan perbandingan antara perempuan dan lelaki. Hal ini dibuktikan bahawa  kajian ini  telah memperoleh berdasarkan peratusan (%) yang dibuat dalam kajian. Blog ini dapat memperlihatkan pendapat tentang tema blog yang disukai pembaca. Kajian ini telah memperincikan dengan jelas objektif yang ingin disamapaikan, isi setiap dapatan dihuraikan dan mempunyai kaitan yang sama dengan objektif.


Bagi pendapat saya, kajian ini menjelaskan secara terperinci melalui penjadualan dan huraian setiap jadual dan data. Kajian ini juga menyenaraikan petikan dalam blog bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembaca. Petikan tersebut telah dicondongkan untuk pembaca memahami bahawa itu adalah petikan dalam blog. Penyelidik mengambil 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki bagi membezakan pemahaman tentang penulisan blog. Maka, kajian ini ialah kuantitatif. Penyelidik mungkin mengambil 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki sebanyak 60 orang bagi menganalisis kesemua data dan memudahkan penyelidik.


Berdasarkan keseluruhan kajian, saya mendapati kajian ini mempu dijadikan rujukan untuk pembaca atau penyelidik yang baru. Penelitian kesemua data yang di[peroleh telah di susun dengan baik dan isi telah menjadi satu informasi yang bernas. Kajian ini berupaya membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam penulisan blog. Data kajian juga mengatakan perempuan gemar menulis blog daripada lelaki. Ternyata itu betul kerana saya juga seorang penggemar penulis bolg Blog telah menjadi sebati dalam diri saya. Sekian, Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: Vlog Makanan

Assalamualaikum. Tugasan kali ini makan makan bersama rakan-rakan. Kami makan di Chicken Rice Shop. Sedap makanan di restoran itu sampai bol...