Pages

Sunday, December 22, 2019

BBM3410SATU2019: VIDEO 10(VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)

Assalmualaikum. Hari ini saya akan ceritakan pengalaman  saya berada di pada hari graduasi di UPM. Seronok rasanya kerana hari kejayaan semua pelajar hari itu jugak. saya berbangga dan saya harap saya akan ke sana jugak suatu hari nanti.





BBM3410SATU2019: VIDEO ONE SHOT 2 LAYER

Assalamualaikum. kali ini belakon tetapi kedudukan camera tidak boleh bergerak. Jadi marilah saksi di YouTube.



https://www.youtube.com/watch?v=JSI6nzqLSqQ&t=202s

BBM3410SATU2019: VIDEO SHOT ONE LAYER


Assalamualaikum. Tahu tak video shot one layer itu apa?. hah... ini nak bagitahu kena camera tak boleh gerak. bukan senang kan nak saya menari.





https://www.youtube.com/watch?v=_yyrCsPwqmA


BBM3410SATU2019: Minggu 11 Instagran (IBU)

Assalamualaikum. emak atau panggilan ibu sangat dekat dengan saya punya kehidupan  emak tak dapat aku hendak luahkan kasih sayang kerana emak banyak curahkan kasih sayang dekat yana. Sayang emak…...ini lah mak saya ..






BBM3410SATU2019: MINGGU 12 INSTAGRAM

Assalamualaikum….Sudah Minggu 12. Jadi, tugasan kali ini mencabar sedikit kerana perlu menjejak Prof Normaliza yang agak sibuk dan mengambar gambar reaksi muka. saya tiada ada adik yang kecil agak comel. Jadi saya ambillah gambar saya sendiri…







BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT.


Pejam celik celik dah nak habis belajar dah. Mungkin penjalanan hidup kita berbeza. Dulu tak pernah angan angan nak masuk universiti. Nak kata bijak tu tak adalah. Biasa biasa. Langsung lah tak ada hati. Itulah. Semester 7 lah paling mencabar sebab banyak kelas yang pensyarah perempuan ajar. Jadi biasalah displin dating awal tu kena lah ikut. Kalau pensyarah lelaki dating lambat pun tak pa. senyum dah boleh masuk. Kalau pensyarah wanita, kena banyak soal. Macam Polis. Prof Normaliza terima kasih sangat sebab telah melatih saya menjadi displin, datang awal pada semester terakhir. semester sebelum ini, pensyarah ajar sampai kesimpulan atau madah pujangga baru saya terkedek-kedek jalan masuk kelas. Pengalaman yang saya tak akan saya lupakan Bersama kumpulan D'ROSe Production kerana memberi semangat pasukan dan memberi ruang untuk mencurah idea yang kreatif. Takkan lupakan video tragedy dan seram. agak susah untuk saya dan Fatihah aka kawan baru untuk menyunting video. tetapi alhamdullilah berkat kesabaran kami sampai pukul 6 baru tidur. Untuk Encik Akmal terima kasih ajar buat calendar. Kadang-kadang laju macam nak cepat kelas habis. tetapi sporting dan layan sahaja kerenah kami.

sepanjang minggu ke 14 Bersama mereka saya sangat terharu dan tidak akan lupa kenangan ini….







BBM3410Satu2019: Kalendar

Assalamualaikum. Saya terlampau rajin buat calendar sendiri tau. Semngat punya pasal sebab tahun depan nak habis belajar. Jadi dengan kelas Multimedia saya dpt buat kalendar dengan corak yang saya sendiri lakar. jadi marilah melihat saya bersama kalendar saya.















Cantikkan kalender yana kan. Boleh guna Photoshop sahaja. nanti tak payah susah susah keluarkan duit. Hanya cipta kalendar dekat Photoshop. 



















Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019:Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi komunikasi; Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019).

Asamualaikum..... kawan kawan. Saya baru baca buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. saya nak merumuskan semua, Kajian wacana dan startegi komunikasi Teori dan Aplikasi merupakan satu kajian yang menarik. Dalam bab 1, membincangkan tentang kajian wacana. wacan juga mengandung sistem komunikasi antara satu sama lain. Bab ini juga meengatakan wacanan merupakan bahsa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan.  Antara pelopor yang mengemukakan idea iaitu Hawthorn (1992), Brown & Yule (1983) dan Stubbs(1983).  

Dalam bab 2, mengandung tiga pelopor yang mengemukakan berkaitan teori. Yang pertama, teori analisis wacana Brown & Yule (1983). beliau mengemukakan wacana boleh dianalisis melalui kajian teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Yang kedua,teori analisis wacana daripada Stubbs (1983) oleh Vandijik (1977). Beliau membahagikan membahagiakan beberapa eleman iaitu makro dan mikro. Struktur makro dari segi teks dan struktur mikro focus dari segi makna lokal daripada suatu teks.

Bab 3 menghuraikan berkaitan kajian wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan dalam kalangan kanak-kanak.  Bab ini cara bagaimana berkomunikasi dengan orang lain. Nilai sosial dititikberatkan dalam kehidupan. Dalam bab 4 pula, menerangkan komunikasi merupakan bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Yang kedua, strategi komunikasi perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Yang ketiga, strategi komunikasi yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan budaya dan nilai sosial. Akhir sekali, strategi komunikasi sebagai refleksi elusive yang mengandungi konsep mudah difahami.

Bab 5 pula, merumuskan bahawa strategi komunikasi amat penting. Dalam bab ini menghuraikan merupakan terjemahan perkataan dan cipta perkataan dengan membuat perkataan baharu untuk berkomunikasi mengikut konsep. Pendekatan yang dikemukakan oleh semua tokoh berkaitan strategi komunikasi dalam bab ini amat relevan dan boleh digunakan sebagai rujukan atau kajian yang bakal dibuat.

Manakala, bab 6 juga menerangkan strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Interaksi dan ujaran kanak-kanak pendekatan taksonomi strategi komunikasi. Akhir sekali bab 7, menyatakan cadangan kajian yang akan datang kajian ini boleh diperoleh data melalui bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosai.


menarik kan....

harga berapa? 

RM 20 HINGGIT JEEE!!!! 


RUJUKAN 


Normaliza Abd Rahim. (2014). Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT

Normaliza Abd. Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Jounal, 7(1): 11-1)


Tarone, E (1980). Communication Strategies, Foreigner Talks and Repair in Interlanguage. Language Learning 30:417-431



Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa.


BOOM WITH SOCIAL MEDIA 

Kajian ini memudahkan pelajar memahami dan memberi rujukan tentang blog. Kajian ini telah memberikan definisi tentang blog daripada semua tokoh dalam dan luar negara. Blog ini telah memberikan suatu pendedahan bahawa penulis blog dan pembaca amat penting dalam berinteraksi antara satu sama lain. Kajian ini juga telah meningkat motivasi dan keyakinan kepada penulis untuk membuat penulisan dalam tema teknologi, kesusasteraan dan pembelajaran bahasa.. Kajian ini telah mengemukakan pendapat bahwa pendidikan Penulisan dalam blog blog lagi menarik sekiranya penulisan blog itu tidak formal dan santai. Saya melihat kajian ini mampu memberikan perbandingan antara perempuan dan lelaki. Hal ini dibuktikan bahawa  kajian ini  telah memperoleh berdasarkan peratusan (%) yang dibuat dalam kajian. Blog ini dapat memperlihatkan pendapat tentang tema blog yang disukai pembaca. Kajian ini telah memperincikan dengan jelas objektif yang ingin disamapaikan, isi setiap dapatan dihuraikan dan mempunyai kaitan yang sama dengan objektif.


Bagi pendapat saya, kajian ini menjelaskan secara terperinci melalui penjadualan dan huraian setiap jadual dan data. Kajian ini juga menyenaraikan petikan dalam blog bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembaca. Petikan tersebut telah dicondongkan untuk pembaca memahami bahawa itu adalah petikan dalam blog. Penyelidik mengambil 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki bagi membezakan pemahaman tentang penulisan blog. Maka, kajian ini ialah kuantitatif. Penyelidik mungkin mengambil 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki sebanyak 60 orang bagi menganalisis kesemua data dan memudahkan penyelidik.


Berdasarkan keseluruhan kajian, saya mendapati kajian ini mempu dijadikan rujukan untuk pembaca atau penyelidik yang baru. Penelitian kesemua data yang di[peroleh telah di susun dengan baik dan isi telah menjadi satu informasi yang bernas. Kajian ini berupaya membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam penulisan blog. Data kajian juga mengatakan perempuan gemar menulis blog daripada lelaki. Ternyata itu betul kerana saya juga seorang penggemar penulis bolg Blog telah menjadi sebati dalam diri saya. Sekian, Terima Kasih.


Saturday, October 5, 2019

BBM3410Satu2019: Long Shot (D'Rose Production)


BBM3410Satu2019:Medium shot ( D'Rose Production)













Medium shot merupakan gambar yang seimbang. Gambar 1,2,dan 3 menunjukkan gambar manusia yang permukaan yang seimbang. Gambar 4,5 dan 6 menunjukkan gambar pemandangan sekitar kawasan disitu.

BBM3410SATU2019: Vlog Makanan

Assalamualaikum. Tugasan kali ini makan makan bersama rakan-rakan. Kami makan di Chicken Rice Shop. Sedap makanan di restoran itu sampai bol...