Pages

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa.


BOOM WITH SOCIAL MEDIA 

Kajian ini memudahkan pelajar memahami dan memberi rujukan tentang blog. Kajian ini telah memberikan definisi tentang blog daripada semua tokoh dalam dan luar negara. Blog ini telah memberikan suatu pendedahan bahawa penulis blog dan pembaca amat penting dalam berinteraksi antara satu sama lain. Kajian ini juga telah meningkat motivasi dan keyakinan kepada penulis untuk membuat penulisan dalam tema teknologi, kesusasteraan dan pembelajaran bahasa.. Kajian ini telah mengemukakan pendapat bahwa pendidikan Penulisan dalam blog blog lagi menarik sekiranya penulisan blog itu tidak formal dan santai. Saya melihat kajian ini mampu memberikan perbandingan antara perempuan dan lelaki. Hal ini dibuktikan bahawa  kajian ini  telah memperoleh berdasarkan peratusan (%) yang dibuat dalam kajian. Blog ini dapat memperlihatkan pendapat tentang tema blog yang disukai pembaca. Kajian ini telah memperincikan dengan jelas objektif yang ingin disamapaikan, isi setiap dapatan dihuraikan dan mempunyai kaitan yang sama dengan objektif.


Bagi pendapat saya, kajian ini menjelaskan secara terperinci melalui penjadualan dan huraian setiap jadual dan data. Kajian ini juga menyenaraikan petikan dalam blog bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembaca. Petikan tersebut telah dicondongkan untuk pembaca memahami bahawa itu adalah petikan dalam blog. Penyelidik mengambil 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki bagi membezakan pemahaman tentang penulisan blog. Maka, kajian ini ialah kuantitatif. Penyelidik mungkin mengambil 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki sebanyak 60 orang bagi menganalisis kesemua data dan memudahkan penyelidik.


Berdasarkan keseluruhan kajian, saya mendapati kajian ini mempu dijadikan rujukan untuk pembaca atau penyelidik yang baru. Penelitian kesemua data yang di[peroleh telah di susun dengan baik dan isi telah menjadi satu informasi yang bernas. Kajian ini berupaya membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam penulisan blog. Data kajian juga mengatakan perempuan gemar menulis blog daripada lelaki. Ternyata itu betul kerana saya juga seorang penggemar penulis bolg Blog telah menjadi sebati dalam diri saya. Sekian, Terima Kasih.


Saturday, October 5, 2019

BBM3410Satu2019: Long Shot (D'Rose Production)


BBM3410Satu2019:Medium shot ( D'Rose Production)













Medium shot merupakan gambar yang seimbang. Gambar 1,2,dan 3 menunjukkan gambar manusia yang permukaan yang seimbang. Gambar 4,5 dan 6 menunjukkan gambar pemandangan sekitar kawasan disitu.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019:SUATU KETIKA

Hai kawan-kawan. Kamariah hari ini hendaklah cerita tentang keluargaku. Selalunya cerita tentang bidang teman je. Sekali sekala teman buka aib teman sikit tentang keluarga teman. Aku mempunyai seorang adik  Dia merupakan seorang anak tunggal lelaki yang berada di rumah saya. Kehadiran dia memberi erti yang tidak ternilai kepada kami sekeluarga. Dia seorang yang lucu kadang-kadang membawa kami sekeluarga gelak melihat telatah dia.Dia seorang yang gemok gedempol dan kuat makan. Badan dia pernah mencecah 80 Kg. Mungkin kerana emak akan memberi dia makan dan turut segala keperluan dia terutamanya makanan segera seperti Nuget, Kentang goreng. Sewaktu dia kecil dalam darjah 1, Dia sering membuat masalah sehingga saya dipanggil oleh cikgu kerana dia tidak mahu belajar. Aku mula bersyak wasangka dengan dia kerana dia tidak mahu belajar. 

Tetapi ada perkara yang membuatkan kami sekeluarga teringat dekat dia. Nama sebenarnya Meor Naim. Nama panggilan dia Naim. Tetapi apabila menjelang peperiksaan yang dijalankan dia menuliskan namanya Niam. Dia menulis huruf I dahulu sebelum A. Cikgu yang mengajar turut keliru siapakah Niam. Rupa-rupanya Naim. Cikgu memberitahu aku bahawa adikku sudah bertukar nama. Aku menceritakan hal ini kepada emak dan ayahku. Emak aku dan ayah aku turut tergelak dan mula memanggilnya dengan panggilan Niam. 

Dia mulai rimas ketika aku memanggilnya niam. Dia akan memukul ku dengan sekuat-kuatnya dan menyatakan dia tidak suka dengan nama yang aku panggil. Ayah dengan emakku pun turut memanggil adikku dengan panggilan Niam. Sampai sekarang melekat namanya sebagai Niam. 

Niam ketahuilah kakakmu menyayangimu dan kau mesti mengetahui kakak melindungi dan turut bersedih apabila kamu bersedih dan gembira dengan apa yang kamu kecapi.


Inilah kakakmu yang selalu kau tumbuk. 





Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019:TIP BELAJAR DENGAN MUDAH



Belajar segala mampu dan mestilah ada keinginan untuk belajar. Pelajar yang ingin belajar mengikut kemampuan masing-masing. Ikut kehendak sendiri. Semoga peroleh ilmu yang bermanfaat. Apa jua-jua keadaan belajar yang perlu diutamakan. untuk menjamin masa hadapan yang cerah. Jangan ingatkan semua masa lalu yang lampau. Ia akan menghantui kehidupanmu untuk terus berjaya dangan maju .Ingat emak dan ayah, akan permudahkan segala apa yang ingin dicapai. 


Kehidupan dan usaha masa kini menjaminkan kehidupan masa datng. Semoga Berjaya.

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Eye Bird View (D'Rose Production)




Gambar di ambil di tempat yang berlainan. Kecantikan gambar ini disebabkan tangkapan gambar paling atas bangunan untuk menampakkan seakan akan eye bird view. 

BBM3410Satu2019:Over the Shoulder (D'Rose Production)





Ketiga-tiga gambar menggunakan bahu yang berlainan. Gambar tersebut membelakangkan bahu seseorang. Gambar yang cantik dapat di ambil daripada bahu seseorang yang tegap dan besar. Ia akan menampakkan keseluruhan pemandangan hadapan. 

BBM3410Satu:Mug shot ( D'Rose Production)





Gambar pertama mengambarkan perasaan gembira dan menampakkan gigi seakan akan ada perkara yang melucukan. Gambar yang kedua, mengambarkan perasaan marah dan kelihatan pelik. Gambar yang ketiga mengambarkan perasaan sedih sehingga mata tertutup dan mulut ke depan. 

BBM3410Satu2019: close up (D'Rose Production)

















Close up memang gambar paling dekat. Nampak segala jerawat dan kerabat. Tapi apabila pakai camera mahal akan tertutup semuanya. Kuasa camera apa apa boleh terjadi. Manakala, close up bukan manusia sangat lah cantik kerana pemandangan terlalu dekat dan nampak tumbuhan yang dekat. 

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019:Masih Di Sini


Saya teruja apabila kawan saya mahu datang ke kampung halaman saya. Saya menyiapkan segala makanan kerana kawan saya hanya bertandang sehari sahaja. Saya membawa dia mengelilingi kampung saya dengan menaiki motorsikal. Saya juga membawanya ke ladang kelapa sawit. Sebelum pulang ke rumah, saya mengajak kawan saya minum air cendol yang terkenal di kampung saya. 

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk mengisahkan alim yang baru pulang ke kampung. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Setelah tiba di kampung, Alim terus mencari titik dan ayam. Alim tidak menemuinya dan menangis. Nenek menghampirinya dan mengatakan reban telah diubah ke tempat yang lain. Nenek mengajak Alim ke situ. Setelah puas melihat, Alim masuk ke rumah nenek. Alim berhenti menangis. Suasana kampung yang berlainan membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. 


Senaraikan jenis multimedia yang boleh digunakan untuk tujuan penyebaran cerita sosial. Huraikan setiap cara. 

1. Multimedia linier
Suatu multimedia yang tidak dilengkapi dengan alat pengawal yang dapat di operasikan oleh pengguna. Multimedia ini berjalan secara berurutan. Contohnya Tv dan filem

2. Multimedia interaktif 
Suatu multimedia yang dilengkapi dengan alat pengawal yang dapat dioperasikan oleh pengguna sehingga pengguna dapat memilih apa yang dihendaki untuk proses selanjutnya. Misalnya, aplikasi game, multimedia pembelajaran dan sebagainya. 


BBM3410SATU2019: Vlog Makanan

Assalamualaikum. Tugasan kali ini makan makan bersama rakan-rakan. Kami makan di Chicken Rice Shop. Sedap makanan di restoran itu sampai bol...